22 Oktober 2012

CARA-CARA MEMBUAT KRAFTANGAN DARI KAIN FELT




ASSALAMUALAIKUM..........
Hari ni saya nak berkongsi cara membuat kraftangan menggunakan kain felt. Kain felt ni memang cantik sebab warnanya yang terang dan tebal. Kalau buat kraf memang mudah dan cantik.......

Hari ni saya nak ajar kawan-kawan membuat key chain daripada kain felt. Boleh buat duit tau kalau rajin. Tapi saya ni buat sebab suka-suka jer. Saya suka pada benda yang cantik dan suka create dan tiru orang kalau idea nya cantik dan menawan hati................ kepada sesiapa yang rasa ideanya saya ambil tu janganlah marah yer. Kita kongsi sesama kay sebab berkongi tu dapat PAHALA tau.. tambah lagi mengajar orang . 


Okaylah ,tanpa membuang masa mari sama-sama kita lihat dulu bahan dan peralatan yang diperlukan yntuk membuat key chain.

1. kain felt yang boleh dibeli di kedai menjahit
2. benang tebal yang lebih kurang sama dengan warna kain
3. jarum yang berlubang besar
4. butang yang pelbagai warna untuk hiasan
5. gunting yang tajam

Langkah-langkah untuk membuat nye.....

1. Lukis bentuk apa yang kita suka pada kain felt kemudian potong kain tersebut
2. Jahit kain dan tinggalkan sedikit lubang ..... 
3. Masukkan kapas kedalam kain kemudian jahit sehingga habis. 
4. Benang yang lebih jangan dipotong sebab nak buat tangkainya.
5. Ambil tali key chain dan sambungkan pada benang tersebut.
6. Untuk decorate pula, bolehla jahitkan butang pada mana-2 bahagian yang disukai. 
7. sah selesai....leh la bubuh kunci atau buat handphone punya tangkai..

Kepada kekawan yang dah cuba tu... leh la komen dalam blog saya... jadik atau tidak.



SELAMAT MENCUBA.........





Tiada ulasan: